Assalamualaikum! Lagi tujuh hari saja lagi percutian aku ke Seoul. Packing pun belum lagi.. Today, aku kena senaraikan apa yang perlu dibawa, yang penting simple tapi complete. Sebab ini adalah percutian kali kedua ke Seoul. Sebab apa aku kata ringkas, sebab aku pergi backpack je macam tiga tahun lepas. Cuma kali ini nak melawat lebih banyak tempat, dan bukan untuk shopping.
Mungkin kali ini disebabkan aku busy dengan kerja, so mood bercuti tu lambat sampai. Hehe.. Stress pun ada.
Aku bertugas sebagai Pengurus Pemasaran dan Jualan Hotel, so hujung tahun memang mencabar bagi aku, dan juga Head of Department macam aku. Dengan bajet, sales plan, promosi, semua nak dikejar. Tambah pula, aku baru je dua bulan di sini, banyak benda baru, kerenah baru dan orang baru yang aku kena hadap! Sabar, kuat semangat dan tegas..itu yang aku perlukan! Minah kental jugak la aku ni ya..hahaha! Layan perasan nak hilangkan stress!!
Walau apapun, aku bersyukur sebab semua cabaran tu membuat aku lebih kuat, belajar perkara baru dan buat otak aku lebih cergas bekerja..mungkin dulu slow and easy je kot..
Kerenah client tak payah nak cerita, macam-macam ada, sweet, sour, bitter..semua kena telan kena hadam! Orang yang penyabar je boleh hadap kerenah manusia ni, al-maklumlah diorang yang bayar. Kami yang bekerja di hotel ni, bukan setakat kena maki, malah ada yang pandang rendah. Tapi pada aku, selagi aku bekerja dengan cara halal, biar Allah SWT saja yang mengadili, bukan manusia yang sama level macam aku yang menentukan syurga atau neraka, walaupun harta dia menggunung tinggi.
Today is cuti day, tugas memasak da selesai, so planning nak buat flyers promosi pun terbantut, sebab hard disk terlupa bawak balik dari ofis pulak. So bersantai-santai dulu sambil mengadap Astro yang bil semakin melambung. Petang nanti kena ke ofis ambil hard disk, cuti panjang ni tak boleh sia-siakan sebab next week da cuti panjang lagi.
Okay..done for now!
No comments:
Post a Comment